Monday, January 11, 2010

LAGU GANJA YANG TERSIRAT



Malique - Cerita Kedai Kopi

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley (Bob Marley)
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah

P/s: Di Amsterdan, kedai ganja dipanggil "Coffee House"

GANJA TIDAK MEMBUNUH

Sejarah membuktikan bahawa tiada bukti setakat ini bahawa marijuana (ganja) pernah membunuh manusia kerana menggunakannya sejak 5000 tahun dahulu. Mustahil sejenis herba semulajadi seperti ganja boleh menyebabkan kanser seperti yang didakwa kajian perubatan palsu di beberapa buah negara yang mengharamkan ganja.



Berikut adalah data kematian yang berlaku di Amerika Syarikat

Tobacco 435,000
Poor Diet and Physical Inactivity 365,000
Alcohol 85,000
Microbial Agents 75,000
Toxic Agents 55,000
Motor Vehicle Crashes 26,347
Adverse Reactions to Prescription Drugs 32,000
Suicide 30,622
Incidents Involving Firearms 29,000
Homicide 20,308
Sexual Behaviors 20,000
All Illicit Drug Use, Direct and Indirect 17,000
Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs Such As Aspirin 7,600
Marijuana 0

Menurut fakta ini, rokok merupakan pembunuh tertinggi di negara itu dan lawan kepadanya adalah ganja yang memberi angka kematian 0! Dengan fakta sebegini siapakah yang selayaknya dihukum adakah penjual rokok atau penjual ganja? Fikirkan sejenak.

Namun ganja diberi gelaran buruk dan dianggap buruk secara buta di banyak negara yang tidak mengkaji secara saintifik. Orang ramai lebih gemar meminum arak yang ternyata pernah membunuh berbanding memilih ganja yang mereka anggap sebagai dadah berbahaya akibat salah sangka.

Negara-negara yang mengaku mereka sebuah negara maju dan sedang membangun perlulah menjatuhkan suatu hukum itu atas kajian yang rapi dan terperinci. Bagaimanakah pengedar ganja boleh dihukum mati di beberapa negara seperti China sedangkan ganja tidak pernah membunuh sesiapa pun secara fakta. Ayuh negara-negara yang kononnya sedang membangun jalankan kajian saintifik yang ilmiah terhadap ganja dan membuktikannya secara kajian telus. Kami yakin tidak sesekali mereka akan menemui keburukan pada kandungan herba ganja.

Sunday, January 10, 2010

GANJA BUKAN DADAH. IA HANYA POKOK HERBA

Seperti tumbuhan lain, ganja adalah sejenis tumbuhan yang semulajadi wujud di dunia. Ganja sebenarnya merupakan suatu tumbuhan yang sangat berguna dalam kehidupan. Sejarah mencatitkan bagaimana ganja pernah dijadikan banyak benda seperti kertas, plastik yang boleh diurai, sabun, bahan asas dlm menguatkan konkrit, tali, makanan, dan ubat-ubatan.

Ramai akan merasakan sukar utk menerima fakta ini, namun inilah hakikatnya nasib malang sejenis tumbuhan ciptaan tuhan yang telah difitnah sejak berpuluh tahun dan dirahsiakan kebenarannya atas beberapa sebab yang akan dibincangkan dalam entri yang lain.

Dalam semua kelebihan yang ada, ganja paling dikagumi para saintis dan doktor kerana boleh mengubati sejumlah penyakit berbahaya seperti MS(sklerosis berbilang), barah, kanser, asma, demam malaria, Analgesia, Neurological And Movement Disorders, Glaucoma(penyakit mata), ADD(Attention-deficit hyperactivity disorder), meninggikan imunisasi penghidap positif HIV, ubat tahan sakit, anti tekanan, merendahkan risiko barah payudara dan banyak lagi. Menakjubkan bahawa kajian menunjukkan ganja boleh menggantikan 10-20% penggunaan dadah sintetik berbahaya di dalam bidang perubatan tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan berbahaya kepada pesakit, tidak seperti penggunaan dadah sintetik.

Diantara lain ganja boleh menghasilkan kertas dimana kita tidak lagi perlu menebang pokok-pokok balak yang besar kerana ganja mempunyai kekuatan fiber sehingga 4 kali ganda dari pokok-pokok balak yang besar. Pokok-pokok balak ini mengambil masa berpuluh tahun untuk matang sebelum ditebang, manakala ganja hanya mengambil 4-6 bulan untuk cukup matang. Dalam masa yang sama kita akan berjaya mengelak hakisan tanah, banjir kilat, pemanasan suhu bumi, dan lain-lain sebagai akibat penebangan pokok-pokok balak yang besar.

Ganja juga boleh menyelamatkan bumi kerana boleh menghasilkan plastik yang boleh diurai. Plastik yang kita gunakan skrg tidak akan dapat diurai walaupun dibakar. Penambahan unsur baru yang tidak dapat diurai oleh alam ini akan menjejaskan ekosistem kerana penggunaan plastik semakin meluas oleh semua pihak. Ini memberi impak besar kepada ekosistem kerana plastik yang tidak dapat diurai ini akan mencemarkan alam dan menutup bumi ini dengan kanvas plastik diseluruh dunia.

Adakah kita masih tidak mahu bersyukur terhadap penyelesaian yang telah lama tuhan berikan kepada kita terhadap beberapa masalah dunia kita? Di negara ini ganja diperangi habis-habisan tanpa diteliti kelebihannya satu pun, seolah-olah tumbuhan yang tuhan ciptakan ini tidak layak untuk wujud dan harus ditebang dan dimusnahkan. Padahal tuhan tidak pernah menciptakan apapun dengan sia-sia. Sekalipun andaikata kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan alasan ganja mungkin boleh memudaratkan kesihatan(walaupun hujah ini telah dibantah oleh saintis moden), apakah kita tidak mahu mengambil langkah mengawal ekosistem kita yang semakin hancur? Masihkah kita mahu untuk terus menebang pokok-pokok balak sedangkan bumi kita semakin panas? ais di kutub utara semakin mencair akibat peningkatan suhu bumi. hakisan tanah dan banjir kilat dimana-mana. Dan dalam bidang perubatan yang boleh menyelamatkan beratus, bahkan mungkin beribu nyawa melalui kaedah perubatan ganja. 1/10 daripada wanita di Amerika menghidap kanser payudara dan ini merupakan pembunuh no.1 wanita di negara kita. Tidakkah kita mahukan perubahan yang lebih baik?